Thursday, June 9, 2011

Jelingan Cinta

aku salah seorang pelajar yang terpilih untuk mengikuti kem anjuran jabatan pelajaran.
dengar cerita kem ini memerlukan ketahanan mental yang tinggi. aku mula terbayangkan keadaan aku bila berada di sana...AHHH....'mesti dalam hutan ni' getus hatiku...takpe bagi aku ini semua pengalaman yang patut aku timba...masa di sekolah lah tempat nak timba pengalaman sebanyaknya...

hari ini aku akan pergi ke kem yang bertempat di besut terengganu. bas tiba di perkarangan sekolah pada jam 10.00pg...di dalam bas sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah yang berbeza dari daerah kuantan. kehadiran kami seramai 8 orang telah memenuhi ruang-ruang kosong yang masih tinggal cukup-cukup untuk kami berlapan.

perjalanan memakan masa selama 8jam. perjalanan yang memenatkan telah terubat apabila melihat tempat kem yang disangka hutan merupakan sebuah tempat yang sangat menarik ditambah pula dengan udara pantai yang sangat segar.

huh..nyamannya...kami diarahkan untuk mendaftarkan diri dan masuk ke dalam dewan. di dewan kami diberi taklimat ringkas oleh ketua fasi.selepas mendengar taklimat kami masuk ke asrama yang telah disediakan. disebabkan aku dan rakan-rakan serta beberapa pelajar dari sekolah SMART berada di barisan belakang, kami terpaksa duduk di blok asrama yang berada paling belakang dan menyebabkan kami sentiasa perlu berlari untuk ke tempat-tempat yang diarahkan agar kami tidak lewat.

pada malam hari pertama di kem, aku telah terpilih untuk menjadi pengacara majlis. malam itu membuatkan pelajar lain mengenali diriku..haha..bangga juga rasanya.
malam itu juga ada pembahagian kumpulan yang dibahagikan kepada 10 orang setiap kumpulan.maka terpisahlah aku dan rakan-rakan sekolahku yang lain.namun itulah adat ketika di kem untuk mengeratkan ikatan antara pelajar sekolah lain.

kebanyakkan program dibuat dalam dewan,dan aku sentiasa akan duduk di barisan paling belakang. aku dapat melihat semua pelajar di dalam dewan tersebut kerana kedudukan kerusi dewan yang cerun seperti dewan kuliah di universiti.maklumlah yang pergi kem ini pun semuanya pelajar tingkatan 6 atas yang bakal menjejakan kaki ke menara gading.pantaslah kami diberi merasa suasana sedemikian.

tiba-tiba aku terpandang seseorang lantas terus mengikat pandanganku ke arahnya. entah kenapa setiap kali waktu berkumpul pasti bebola mataku merayap mencari si pemilik wajah itu. setiap pagi semua pelajar akan berkumpul di tapak kawad. setiap ketua kumpulan akan memaklumkan jumlah ahli kumpulan kepada kem komando.aku berada di kumpulan 5...

setiap pagi aku tidak sabar untuk berkawad kerana si pemilik wajah itu merupakan ketua kumpulan 4.jadi, lebih mudah untuk aku menjelingkan anak mataku untuk mengintainya.setiap kali dia mengeluarkan butir bicaranya kepada kem komando,pasti aku tidak terlepas untuk mendengar dengan penuh kekhusyukan..ahhh...suaranya membuatkan aku cair dan jatuh hati kepadanya...

selama 4 hari berada di kem aku tidak akan terlepas dari memandangnya.aku yakin yang dia tidak perasan pandanganku padanya sebab aku hanya curi-curi memandangnya. dia sudah tidak kelihatan dari pandanganku,mungkin sudah masuk ke perut bas.sepanjang pejalanan pulang aku hanya mendiamkan diri...tiada lagi dia dalam pandanganku...rasanya aku dah jatuh hati pada..."ahhh lupakan,tak mungkin dia akan jadi milikku" bisik hati kecilku...

tiba-tiba....
(cerita akan bersambung)...nantikan...

SAMBUNGAN CERITA.... tiba-tiba sedang asyik dilamun angan salah seorang pelajar dari sekolah SMART yg duduk di tempat duduk baris hadapan menjerit memangggil namaku. pelajar berkenaan mengatakan 'abg ..... kirim salam kepadaku' aku terpana seolah-olah berada dalam alam fantasi bagaikan halilintar yang menyambarku...mukaku mulai merona kemerahan malu kerana satu bas mendengar setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh pelajar terbabit kepadaku..ohhhh tidak....sedetik kemudian hatiku mulai berbunga...mungkinkah ada sinar harapan untuk aku mengenalinya dengan lebih rapat...harapan semakin menyemat di jiwa... Dalam asyik melayan perasaan sebenarnya ada seorang insan yang kecewa apabila mendengar kata-kata pelajar sekolah SMART itu tadi. insan itu duduk di kerusi baris sebelah kiriku. tanpa aku ketahui dia memendam rasa terhadap diriku. Bagaimana aku ketahui??? begini ceritanya.. pada malam yang nangis-nangis kat kem tu ade orang anta mesej kat aku, dalam mesej tu die tulis 'salam...semoga awak menjadi seorang yang tabah' lebih kurang cmnilah mesej 2..hehe... pastu aku peliklah kan...aku pun tyelah sape ni? dia ckap die pun peserta kat kem tu dan satu bas dengan aku. dia ada lah bagi klu2 cket pasal die.. than aku dapat syak lah sape orgnya.. rupe2nye ustaz time kem 2...yang salu baca doa time nk makan..pelajar lah jugak bukan ustaz yg betul2 2..tp mmg org panggil die ustaz la..panjang cite ni tp x sentuh lagi soal mcm mne aku thu die berkenan kat aku kan...ok straight to the point...blk dr kem 2 die luahkan perasaan kat aku, die ckap sebelum tgk wajah aku lagi die dah mulai berkenan dengan nama aku. sebab semua peserta dapat tahu senarai nama pelajar yang terpilih utk ke kem tu..masa tu lah die tgk nama aku yang unik ni kan..haha...dalam gambaran matanya die menggambarkan aku ni seorang yang montel..haha..dah tgk die terkejut yang aku ni x mcm yg disgkakan...haaa dahla xnkla cite sal 'ustaz' ni panjang2...sebab die bukan watak utama dalam cerita aku ni...watak sampingan jer...tapi best juga dapat kenal die...baik juga orangnya.. Berbalik semula pada watak hero pujaan hatiku.... (dalam bas tadi ni) lewat petang aku tiba di kuantan,sebelum aku menuruni tangga bas, tiba-tiba pelajar sekolah SMART yang berada di tempat duduk baris hadapan tadi memanggilku lagi dan mengatakan ' abg...nak nombor akak ni' aku bertambah terkejut..dan dengan gatalnye aku pun terus memberikan nombor telefon aku kepadanya untuk disampaikan kepada ehem2...hehe...pelajar sekolah SMART tu satu group dengan ehem2 sebab tu dieorang rapat dan dah bertukar nombor fon. Tak sampai beberapa minit kemudian ada bunyi mesej yang kedengaran melalui telefon bimbitku...entah kenapa jari jemariku bagaikan kilat memetik butang 'view' untuk melihat mesej tersebut...ahhhhhh tidak....hatiku yang berbunga mulai disiram dengan air yang nyaman..lebar senyuman di bibirku x dapat digambarkan... hati mulai terusik dan diulit mimpi.. Telefon bimbitku mulai berbunyi dek mesej-mesej yang bertalu-lalu masuk ke telefonku.jari-jemariku tak rs letih menekan butang telefon tak kira siang dan malam..haha... suatu hari aku memberanikan diri untuk bertanya kepadanya tentang status dirinya...HURMMMMMM tiba ke episod sedihku...jawapan yang ku harapkan habis hangus dan lunyai, hati hancur dihambat pilu...ohhhh bunga yang dulunya mekar sudah menjadi layu dan kering. rupanya die sudah berpunya... Mulai dari saat itu aku mulai menjauhkan diri..kurang membalas mesejnya sehingga sampai suatu hari aku langsung tidak melayan mesej-mesejnya lagi...hancur luluh hatiku..aku cuba melupakan saat-saat indah menjeling setiap inci wajahnya, mendengar dan meneliti setiap bait kata dan alunan suara merdunya...~~~SENYAP~~~ Lama menyepi..... Suatu hari kalau tak silap aku dalam 2 tahun selepas menyepi...aku rasa sunyi sangat...than aku petik-petik butang telefon bimbitku...melihat nombor-nombor telefon yang ada di dalam simpanan telefonku...tiba-tiba petikan butang telefonku terhenti pada nama .....(ehem2 tu)...'macam mane lah agaknye dirinye sekarang, entah keje ke belajar ke kawen ke' getus hatiku.. tanpa berfikir panjang aku memberanikan diri untuk bertanya khabar padanya. pada aku mesej ini hanya sekadar prihatin sebagai kawan dan tak lebih dari tu...tiada lagi harapan seperti dulu... tidak ku sangka mesej yang dihantar berbalas laju.tapi mesej dibalas dengan soalan 'siapa ni?'...hurmmm mungkin die dh buang nombor aku...getus hatiku lagi...biarlah aku tak penting pun... kemudian aku tak berdalih panjang hanya memberitahu siapa diriku.. Alhamdulillah die masih ingat diri aku..rupanya dia tukar fon dan nombor aku hilang dari senarai contact nya. takpela...aku x kisah pun.. tanpa aku sangka tak sampai 5 minit bermesej dia menanyakan soalan aku tidak aku jangkakan...' awak dah berpunya? kalau belum saya nk cucuk jarum' bagaikan terhenti degupan jantungku yang sedang berdenyut...biar betul mamat ni...dah putus ke hubungan die yang lalu..tanpa sega silu aku terus bertanya padanya tentang status dirinya sekarang..rupa-rupanya die dh lama putus dengan yang dlu..dan sekarang die solo..die kata dulu die ade nk cari aku tapi x jumpa nombor untuk contact lagipun die takot nak mesej aku sebab takot mesej x berbalas...sebab lepas jer aku tahu die dh berpunya aku dah x balas mesejnya lagi.. aku masih sangsi..aku tidak memberi respon terhadap soalan yang diajukan..mesej selepas itu hanya mesej-mesej biasa..perasaan aku masa tu bercampur baur..antara yakin dan tidak, antara percaya dan tidak...ohhhh rindu bertamu di kem biro tatanegara menjengah di sanubari...teringat kembali kenangan lalu... Dia masih tidak jemu bertanyakan soalan yang sama kepadaku..die mahu mengenali aku dengan lebih rapat...entah kenapa hari itu aku berkata kepadanya 'berikan saya masa untuk berfikir, sampai masa saya akan bagi keputusannya'... Tangga 17.11.2010 jam 12.00 tengah malam, malam hari raya aidi adha...aku menjawab persoalan yang ditunggu-tunggu olehnya. 'aku berkata...'ya saya terima awak'... saje aku memilih tarikh ini untuk dijadikan tarikh keramat...hehe..die terkejut dan gementar suaranya jelas melalui corong telefon bimbitku..aku hanya tersenyum dalam gementar dan takot...namun ku kuatkan juga..hubungan yang baru dibina tkot mudah goyah namun aku cuba mengenali dirinya hari demi hari..banyak yang tidak kena, banyak yang berbeza pendapat dan pandangan... setahun sudah hubunganku dengannya... dia banyak sabar dengan kerenahku...namun entah kenapa aku goyah...~~~PUTUS DI PERSIMPANGAN~~ 3 Bulan Kemudian... aku bagaikan sedar dari mimpi...sebenarnya aku yang banyak kelemahan...aku mahu cuba lagi untuk hubungan yang terputus di persimpangan...kenapa putus di persimpangan???sebab aku sambung semula di tengah jalan...haha... Dia menerimaku dengan hati yang terbuka...mengajarku erti kesabaran...erti susah dan senang...perbezaan yang dulu menjadikan corak dan rentak hubungan makin manis dan harmoni..betullah kata orang perbezaan sebenarnya melengkapkan sesuatu hubungan dan menjadikan hubungan lebih harmoni.. Alhamdulillah sampai saat ni aku masih bersamanya dan dalam proses untuk langkah seterusnya..."ALAM RUMAH TANGGA".. Doakan aku bahagia bersamanya dunia akhirat...amin... <3 i="">

2 comments: