Tuesday, April 27, 2010

Kisah Benar...

Kisah ini berlaku sekitar tahun
1999........
Shahirah menunggu seperti
biasa. Lazimnya, dia akan
bertemu dengan Hazlantepat
jam 12 malam dalam irc
[chatting]. Itulah kawan
baiknya sejak dia mengenali
dunia chatting di IRC. Pada
mulanya dia memang kurang
mempercayai pengunjung-
pengunjung IRC kerana mereka
boleh menyamar bila-bila masa
tetapi Hazlan lain pula. Dia
memang jujur dan berterus-
terang dalam banyak hal.
Lagipun, mereka belum pernah
bertemu cuma kerap bercakap
melalui telefon sekiranya tidak
berpeluang bertemu di IRC.
Namun, malam ini berbeza,
Hazlan tidak muncul. Dia
sering menggunakan nama
'hensemboy' manakala
Shahirah pula menggunakan
nama 'nurheart'. Namun,
malam ini nama tersebut tidak
muncul. Shahirah kecewa
kerana Hazlan mungkir janji
mahu bertemu dengannya di
IRC. Shahirah meninggalka
cyber café itu dengan hati yang
sedih.
Selang beberapa malam,
Shahirah kembali mengunjungi
IRC. Hajat utamanya ialah
mahu mencari Hazlan kerana
sudah beberapa hari Hazlan
tidak pernah menghubunginya
jauh sekali memohon maaf
kerana gagal memenuhi
janjinya beberapa malam
lepas. Hampir sejam Shahirah
berbual dengan rakan-
rakannya yang lain, pada
mereka juga Shahirah bertanya
mengenai Hazlan namun
mereka mengatakan sudah
lama Hazlan tidak masuk IRC.
Apabila hampir jam 12.30
tengah malam, nama samaran
'hensemboy' muncul. Shahirah
tanpa membuang masa terus
menegur Hazlan.
nurheart : Lan...
hensemboy : Ira..maaf saya tak
dapat masuk malam itu.
nurheart : Awak ke mana?
Kenapa tak call saya?
hensemboy : Maaf...saya tak
sempat menghubungi awak.
Maaf...
nurheart : Tak kisahlah. Awak
sihat?
Pertanyaan Shahirah
tergantung di situ. Hazlan tidak
menjawab pertanyaannya dan
tiba-tiba senyap. ! Shahirah
menunggu dengan sabar
namun tetap Hazlan tidak
menjawab pertanyaan dan
panggilan Shahirah. Dengan
rasa sedih Shahirah
meninggalkan IRC dan pulang
dengan perasaan hampa.
"Kenapa dengan kau ni, Ira?"
tanya Samirah, kawan baiknya
sewaktu Shahirah melangkah
lemah ke biliknya malam itu.
"Aku tak faham betul. Kenapa
Hazlan dingin dengan aku? Apa
yang telah aku lakukan
terhadap dia?
"Jangan percaya sangat dengan
pengunjung IRC tu. Mereka
boleh menyamar bila-bila masa
saja. Aku dah kata jangan
terlalu rapat nanti kau
kecewa,"kata Samirah. "Aku
berbual dengan dia malam ini
tapi dia tiba-tiba hilang. Aku
risaulah dengan dia, Sam,"
katanya sambil memegang
tangan Samirah. Samirah
mendiamkan diri seketika.
Sejurus itu dia menyarankan
agar Shahirah menelefon
rumah Hazlan. Itu mungkin
boleh melegakan perasaannya
yang gundah kerana sikap
pelik Hazlan.
Shahirah bersetuju dengan
pendapat Samirah. Dia! akan
menghubungi Hazlan esok
selepas dia pulang dari kelas
malam. Pada malam esok
selepas tamat kelas
malamnya, Shahirah telah
singgah ke cyber cafe. Hajat
hatinya mahu berbual dengan
Hazlan sekiranya dia masuk
IRC malam ini.Sekurang-
kurangnya dia dapat bertemu
dengan Hazlan sebelum dia
menghubungi rumahnya malam
ini. Hajat Shahirah tercapai
apabila Hazlan masuk IRC.
Shahirah tersenyum gembira
apabila Hazlan telah
menegurnya.
hensemboy : Ira...awak marah
saya ke?
nurheart : Siapalah saya mahu
marah awak, Lan. Kenapa
awak macam mahu tidak mahu
berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi
seperti dulu, Ira. Tapi,
perasaan saya masih sama
terhadap awak. Saya sedih
nanti kita tidak dapat berbual
lagi seperti dulu.
nurheart : Kenapa?
hensemboy : Saya kemalangan
malam yang saya berjanji
masuk IRC mahu bertemu
dengan awak, ingat?
nurheart : Awak teruk ke?
hensemboy : Saya cedera
parah. Teruk sangat
sampai....saya hilang darah
yang banyak...saya tercampak
di dalam semak dan saya cuba
cari jalan keluar. Dengan rasa
sakit yang amat sangat, saya
tertinggal di tepi semak batu 6.
nurheart : Siapa yang
membantu awak? Sekarang
awak di mana?
hensemboy : Tidak ada siapa.
Saya masih di sini...menanti
orang membantu saya.
nurheart : Maksud awak?
hensemboy : Saya sudah
meninggal dunia, Ira.
Tolonglah cari mayat saya.
Sempurnakan saya, Ira.
Tolonglah!!.
Shahirah tersentak dan lantas
meninggalkan komputernya
dengan rasa takut yang amat
sangat. Dia berlari menuju ke
pondok telefon berdekatan dan
menghubungi rumah Hazlan.
Memang Hazlan seorang yang
suka bergurau tetapi
gurauannya malam ini memang
menyeramkan Terdengar
deringan telefon dan satu
suara wanita menjawabnya.
Apabila ditanya, dia
merupakan kakak Hazlan.
Setelah memperkenalkan
dirinya, dengan lembut
Shahirah bertanya mengenai
Hazlan. Tiba-tiba suara wanita
itu menangis. Katanya, sudah
empat hari Hazlan tidak pulang
ke rumah. Laporan polis sudah
dibuat namun masih belum
ditemui. Dengan suara yang
bergetar, Shahirah berkata
kepada kakak Hazlan supaya
mencari Hazlan di dalam
semak Batu 6. Tanpa
menunggu lama, Shahirah
terus meletak gagang.
Airmatanya mencurah-curah
bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah
Hazlan muncul di muka depan
akhbar. Mayat seorang siswa
berumur 25 tahun ditemui di
dalam semak kawasan Batu 6
dalam keadaan cedera parah
dan mulai busuk. Motor yang
ditunggangnya tercampak ke
dalam gaung. Kemalangan itu
ditafsir sebagai langgar lari.
Shahirah melipat akhbar
tersebut. Dia berjanji tidak
akan mengunjungi IRC lagi.
Dalam diam dia mengakui
Hazlan memang
menyayanginya kerana dalam
keadaan begitu dia masih cuba
mahu berbual dengannya
walaupun dengan memberitahu
berita yang sedih bahawa dia
sudah tiada lagi.