Friday, April 30, 2010

Perpisahan

1/5/2007...
tarikh ini mengingatkan aku saat abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. resah,pilu,kecewa,sedih telah berbaur dalam jiwaku. aku rasa akulah orang yang paling sedih pada hari itu. adik beradikku yang lain tidak merasa seperti yang aku rasai ketika itu. sepanjang abah sakit aku lebih banyak meluangkan masa untuk abah berbanding yang lain. rutinku setiap hari memandikan abah,memberi makan,merawat luka abah yang sukar pulih akibat kencing manis yang dialaminya dan pelbagai lagi termasuklah membasuh kencing beraknya. tidak kekok bagiku sebagai seorang anak untuk melakukan kerja sebegitu. setiap kali aku merenung wajah abah, pasti hatiku menjadi sayu. namun sekarang wajah itu tidak lagi dapatku tatapi. abah sudah tiada di dunia fana ini. tiada lagi senyum tawanya. aku rindukan abah.aku terlalu rindukan abah...seorang ayah yang mementingkan pelajaran anak-anaknya.yang menginginkan anak-anaknya berjaya dan menjadi seorang yang berguna. abah..semoga abah senantiasa dalam rahmat-Nya.amin...

No comments:

Post a Comment