Thursday, April 22, 2010

Sebuah Perpisahan

Tatkala aku tersungkur
pasti dia datang membawa kekuatan
tatkala aku berduka
pasti dia datang dengan hiburan
tatkala aku kesakitan
pasti dia datang dengan penyembuh
tapi sekarang....
dia hilang
dimanakah dia
bermimpikah aku
tidak sayangkah dia kepadaku lagi
apa salahku?
dia telah pergi...
pergi untuk selamanya
tidak mungkin akan bertemu lagi di dunia fana ini
maafkan diri ini abah
kerana tidak mampu menerima hakikat atas pemergianmu
kasih sayangmu belum sempat kurasai sepenuhnya
hidup ini begitu rapuh tanpa dirimu
aku cuba dan terus mencuba untuk menempuhi hidup ini
tanpa kehadiranmu abah
abah...
jika kau dapat mendengar dan merasai jiwaku sekarang
ingin aku katakan padamu
aku terlalu rindu akan dirimu
doakan agar hidupku mendapat kerahmatan dari-Nya...
doaku pada mu abah agar abah mendapat ketenangan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...

(kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa hormatilah mereka,jangan sesekali menyinggung perasaan mereka.ibu bapa adalah segala-galanya dan tiada gantinya)

No comments:

Post a Comment